Monday, October 25, 2010

fikiran ku pelbagai..buat adik


Dalam usahaku mengejar mentari..
Ku mahu langkah kami seiring..
Cepat atau lambat bukan pemisah..
Asalkan jejak tetap beriringan..

Setelah beriringan bersama..
Hatiku berbunga mengenangkannya..
Namun tidak ku sangka..
Iringan kami nyata berbeza...

Duhai insan yang ku gelar adik..
Jangan kau cepat berputus harap..
Perjalanan berbeza bukan penghalang..
Untuk berjaya dalam hidupmu..

Duhai adik..
Andai sesuatu berlaku padamu..
Jangan cepat mengalah...
Pasti ini ujian buatmu..
Untuk menguji kekuatan dirimu..

Wahai adik..
Ku pasti ini peringatan buatmu..
Dari Dia yang menciptakan insan..
Agar dirimu lebih beringat..
Agar dirimu lebih tahu menghargai..

Aduhai adik..
Jadikan ini sebagai cabaran buatmu..
Untuk kau gapai kejayaan masa depanmu..
Jangan kau jadikan ini alasan..
Untuk kau terus mengundur diri..
Dari mengecap senang masa depanmu..

P/s: berusahalah demi masa depanmu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...