Saturday, October 30, 2010

Jangan mencari yang terlalu sempurna

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Friday, October 29, 2010

tips temuduga..



Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal tetapi juga di hati dan melalui tingkah laku.
Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan

Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat.

Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat.

Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.

Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?

Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.
Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.
Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?
Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.
Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan 

01.Berfikiran Positif
Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.

02.Studi Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.

03.Berlatih
Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.

04.Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.

05.Sekufu
Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.

07.Pakaian
Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebih expert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.



Tip Ketiga: Perkara Asas

Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

01.Tepati Masa
30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.

02.Jadi Diri Sendiri
Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.

03.Jujur
Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.

04.Be Cool
Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.

05.Bahasa Badan
Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga 

01.Butiran spesifik.
Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"

02.Pandu Sesi Soal Jawab
Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!

03.Cara Berdalih
Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.

Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. 

Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.

04.Gaji
Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.
Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.

GUD LUCK!

Wednesday, October 27, 2010

kepadamu yang akan menjadi pendamping hidupku..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku 
di antara ribuan bidadari di luar sana untuk kau pilih.. 
Padahal kau begitu tahu,aku hanya wanita biasa
yang sangat jauh dari sempurna.
Kerana inilah ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna, 
ku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bonda khadijah, 
kerananya ku ingin kau tahu, 
aku mungkin saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. 
Maka ku mohon padamu, 
bijaklah dalam menghadapiku, 
jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, 
kerana bagiku kaulah pemimpinku, 
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, 
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. 
Mungkin kerana aku begitu sibuk mengurus di dapur, 
menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. 
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, 
agar kau dan si kecil kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. 
Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, 
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, 
aku tak sedetikpun tertidur 
kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang menangis, 
dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kita,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. 
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih 
dan ada lingkaran hitam di mataku, 
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, 
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa, 
aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku, 
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, 
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, 
maka bersabarlah, 
yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun 
yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil
kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi terkadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. 
Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, 
tapi cukup kau usap kepalaku, 
dan bisikkan kata sayang di telingaku, 
kerana dengan itu ku tau 
kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian
dan kau akan menemukanku menangis 
menyesali perlakuanku pada si kecil kita,
dan aku akan merasakan 
ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, 
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. 
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya, 
walau kadang aku begitu bebal dan bodoh
tapi jangan pernah letih mengajariku.. 
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam
untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. 
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu 
mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. 
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
 Seiring berjalannya waktu, 
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, 
akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. 
Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. 
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, 
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. 
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. 
Maka jangan pernah berpaling dariku.. 
Kerana satu yang tak pernah berubah, 
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian memekar,
iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. 
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. 
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. 
Aku hanya wanita biasa..



adaptasi dari: kenalan fb..

sahabat setiaku..

Lumrah bagiku..



Telah sekian lamanya..
Aku masih di situ..
Menjalani perjalanan hidup..
Yang kadang-kala kurasakan maha mencabar..

Telah sekian lamanya...
Diriku setia menapak padanya..
Mengharungi alur lorongku..
Yang belum ku pasti cerah gelapnya...

Telah sekian lamanya..
Aku menjadi temannya..
Setia menjadi sloganku...
Harapnya..setia juga baginya..

Terkadang hatiku berbisik...
Di kala ribut meniup..
Benarkah telahanku selama ini..
Atau ini hanya ujian berteman..

Terkadang hatiku berlagu..
Di kala angin sepoi-sepoi bahasa...
Indahnya saat begitu..
Adakah ia akan sampai ke petang..

Hatiku berbisik kembali..
Di kala badai mendatang..
mampukah aku meneruskan..
berteman sepanjang hayatku..
dengannya sentiasa di sisiku..

Bagiku..
Inilah hakikat berteman..
Ku terima apa adanya..
Ku harapkan matahari akan sentiasa menampakkan sinarnya..
tanpa ada hujan yang bersilih..

Bagiku..
Inilah lumrahnya alam..
Inilah hukumnya alam..

By: Hamizah Rodzi

Anugerah



Terima kasih Tuhan..
Atas anugerah cinta ini..
Cinta dunia yang ku harap sampai ke syurga-Mu..
Bantulah daku wahai Tuhanku..
Bimbinglah daku dalam perjalanan bahagiaku..
Agar daku tidak tersasar dari pandangan-Mu..

Terima kasih Tuhan..

Atas anugerah cinta ini..
Cinta dunia yang penuh dugaan..
Tanpa rahmat-Mu Ya Tuhan..
Tak mungkin ku kecapi bahagia ini..

Terima Kasih Tuhan..

Atas anugerah cinta ini..
Cinta yang membawa suka dan duka..
Bantulah daku menghayati anugerah ini..
Agar ku tidak jauh dari-Mu..

Terima kasih Tuhan..

Atas anugerah cinta ini..
Cinta yang bakal membantuku mengecap cinta dari-Mu
Daku kan hargainya sepenuh kudratku..

By: Hamizah Rodzi

Tuesday, October 26, 2010

buat tatapan mr.fly

ok mr.fly..harini..kiter belajar pasal warna...k?hihi..warna ape?..warna turquoise..tp kata mr.fly..warna kura2..hihi


ni la warna yg dimaksudkan...cun x? cun x? cun x?hihi

erm..ni ha ade lg..hihi..cantik kan kad nih..hihi


ok x?warna kura2 nih?tp ni bukan kura2 la..hehe..daun yg kena simbah jek..hihi



hihi..pls respon me a.s.a.p ye

w.a.r.n.a.k.u

apa sebenarnya tujuan nih masukkan gambar orkid banyak2 nih?
hehe..eh, mestilah ada tujuannyer..tye plak...xde nyer sesaje den masukkan tau..hihi..
kepada yang ditujukan nih...renung2kan dan selamat beramal..eh silap la..bukan beramal..selamat berfikir..hehe..ok x?

 

ok kan kan kan?hihi..


ni kat bawah ade banyak lg contoh kaler nih


...ha..kan cantik kan..^_____^

so, any comment?
jz tell me ok?hihi

terima kasih k.a.s.i.h



demi kebaikanku..
teguranmu bermula..
demi keselamatanku..
teguranmu berhemah..
demi hari depanku..
teguranmu berjela..

ku terima dengan senang hati..
kerna ku tahu niatmu..
ku insafi perbuatanku..
kerna ku tau hemahmu..
ku yakini nasihatmu..
kerna ku tahu..
teguranmu membimbingku..

terima kasih Kasih..
kerana dirimu..
berfikir demiku..

special dedication 4 my mr.fly..^_^

Monday, October 25, 2010

fikiran ku pelbagai..buat adik


Dalam usahaku mengejar mentari..
Ku mahu langkah kami seiring..
Cepat atau lambat bukan pemisah..
Asalkan jejak tetap beriringan..

Setelah beriringan bersama..
Hatiku berbunga mengenangkannya..
Namun tidak ku sangka..
Iringan kami nyata berbeza...

Duhai insan yang ku gelar adik..
Jangan kau cepat berputus harap..
Perjalanan berbeza bukan penghalang..
Untuk berjaya dalam hidupmu..

Duhai adik..
Andai sesuatu berlaku padamu..
Jangan cepat mengalah...
Pasti ini ujian buatmu..
Untuk menguji kekuatan dirimu..

Wahai adik..
Ku pasti ini peringatan buatmu..
Dari Dia yang menciptakan insan..
Agar dirimu lebih beringat..
Agar dirimu lebih tahu menghargai..

Aduhai adik..
Jadikan ini sebagai cabaran buatmu..
Untuk kau gapai kejayaan masa depanmu..
Jangan kau jadikan ini alasan..
Untuk kau terus mengundur diri..
Dari mengecap senang masa depanmu..

P/s: berusahalah demi masa depanmu..

Sunday, October 24, 2010

cepu gold ^__^


[1] 3 Names in your inbox cellphone
-KA
-kak ani MMU
-EASYRELOAD

[2] Your main ringtone?
- lagu taiwan kot.."say dat u lup me"..hiihi

[3] What U did at 12 last night?
- Kelip-kelip mata depan laptop

[4] Who was the last person[S] U went out with?
- nurul sama ain..(blokmate) ^_^

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
- orang DIGI....kikiki

[6] The last thing you did?
-typing dis

[7] 3 of your everyday favourite items?
- Handphone
- Lovely Lappy
- Buku PS..huh!

[8] The color of your bedroom
- Pink kot yang paling banyak

[9] How much money in your wallet now?
- RM40.00++sen..haha

[10] *Soalan 10 tak nampaklah pula. Jadi, kira 'pass' lah..

[11] Your favourite song?
- Banyak..paling suka lagu-lagu yang xserabut kepala..wahh layann

[12] What will you do next weekend?
- Ups!present la ~ adesh!

[13] When was the last time U saw Ur Mum?
- Last jumpa mak time balik tuko status aritu..winnduu =(

[14] Where is she now?
- Kat umah..kalau masa sekarang mesti mak borak2 ngn ayah..

[15] When was the last time you talked to your parents?
- Semalam

[16] Who is the last person that texted U?
- hurm...?

[17] Where did U have your dinner last night?
- Key ep chiy...taman U

[18] The last surprise you got?
- meet my future fmly in law kot..hikhikhik

[19] Last thing U borrowed from ur friends?
-erm...pnjm novel..hihi..lom abes baca pon

[20] Who is ur BF/GF or husband/wife?
- encik tunang la..^__^

[21] What do you feel now?
- rasa nk mkn..spagety yg ain buat..lalala

[22] Wanna share with who?
- Nak share ngan sape ek??..ntah

[23] Who knows ur secret?
- rahsia ape je eh?..xde kot..kikiki

[24] They keep ur secret?
- Tak tau..yer kot..

[25] Are you angry with someone?
- Tak..
.
[26] What do you order at McD?
- Erm mestilah McFlurry..hihi..

[27] The last time you felt so sad?
- Time bila eh..erm..biarla rahsia..hihi

[28] What is your wish for tomorrow?
- Sesuatu yang lebih baik dari hari ini... =)

hihi..jz 4 fun jek..hihi

kata tiram..demimu mutiara..aku sanggup..

Bagaimana mUtIaRa terbentuk dalam tiram? sebenarnya tiram hanya akan dapat menghasilkan mutiara bila terdapat benda asing yang terperangkap dalamnya..



tiram ni akan bertindak balas dengan benda asing tersebut lalu menghasilkan nakri (kombinasi kalsium dan protein)..nakri akan meliputi bahan2 asing dalam tempoh tertentu then menghasilkan mutiara..



banyak kegunaan mutiara ni tau..i like!^__^

dari kerana kad ucapan

rasanyer sume orang pnh dapat kad kan..xkira la kad ape..asalkan kad..hihi..kad birthday la kot kan yang selalu kita dapat..hihi..tp kalo time nk cuti skolah nih..kad yang paling femes skali..cnfrm2 la kad kenduri..cantik2 belaka kad2 kenduri kwn2..suke!

tp kat sini, xmola citer pasal kad kenduri..tp..kiter nk fokus pada kad birthday..hihi..bila sebut pasal kad bday nih...kita sume sedia mklum la kan..tujuannyer nape..of cos la sbb tanda ingatan tulus ikhlas kepada bday girl/boy..hehe..sgt3 best kalo dapat kad time bday..tp lg best klo dapat ++..hihi..kek pon jadi la..bukanpe..best dapat mkn reramai..kn?


selain dr kad bday, time raya..mmg!..mmg xdapat kita sangkal lg...posmen mmg kena oT..semata2 nk anta kad ghaye..cian posmen kan..tp xpe..dh mmg tugas dia kan..lgpon..posmen lei ronda2..cuci mata..^_^

kad ape lg eh ada?hurm..kad ulangtahun pkahwinan...ni khas utk org dh kwen je..xnk la dscs sini..hihi..tp klo kad friendship ok..hihi..ade ke kwn2 pnh wat eh?setahu miss butter, klo relationship yg ade lovin2 je..hihi..rasanyer start nxt year nk wat la..utk kwn2..hihi..xsabar plak rasanyer..hihi

miss butter tErUjA..hihi

Saturday, October 23, 2010

a.i.l.e.b.i.u..


pertama sekali miss butter nak kenalkan sume dengan ailebiu nih..hehe..
ailebiu ni sebenarnya menjadi teman kepada sape je yang nk kat dia..hehe..mula2..miss butter xkenal pon..xperasan langsung ..sape plak la ailebiu ni..tp..lepas dah lama tu..baru la miss butter tau...sape dia sebenarnya...hehe..

tu pon lepas dah kenal dulu dengan mr. fly..hahaha..tx to mr.fly..

tapikan...sbnarnya..xpatut jugak la miss butter kenal ailebiu ni time dah kenal dengan mr.fly tau..sbbnya..ailebiu ni sbnarnya...kiter kena tau awal lg dr tu..hihi..sbbnya..kiter kan ade fmly...ada kwn2..hihi

miss butter xsure la plak, yang membaca nih kenal ke x sape yang miss butter citerkan nih..hihi
okla2...senang citer...xpon..pendek kata...hihi..ailebiu ni..adalah..perkataan i.l.o.v.e.u..hehe..

ok..skrg sume dah faham kan sape ailebiu nih..^___^

miss butter nk wish ailebiu tiap2 hari la kat mak, ayah, kakak, adik2, n..mr.fly..hihi..(miss Butter malu plak ckp gini) ~ gedixs ^_^

Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta

Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...